Friday, March 28, 2014

Minda Emas Jutawan 2 oleh Sifu Tok Belagak

Minda Emas Jutawan # 2 ( SEBAB )

Setiap ahli perniagaan atau entrepreneur WAJIB mempunyai SEBAB baru lah mereka boleh bertahan dan berterusan berjaya !

Wang bukanlah SEBAB utama bagi seorang jutawan.

Jika Wang menjadi SEBAB maka ia tak akan berkekalan lama kerana mereka yang sudah mencapai tahap Jutawan memerlukan sesuatu SEBAB untuk mereka meneruskan legasi.

Maka senaraikan apakah SEBAB SEBAB untuk kita terus berdaya saing dan meneroka lebih jauh dalam apa jua sebab.

SEBAB inilah menjadi pendorong utama bagi setiap individu.

Jutawan perlukan SEBAB

Agamawan perlukan SEBAB

Ahli Akedemik perlukan SEBAB

Ahli Sukan perlukan SEBAB

Penulis perlukan SEBAB

Begitu juga bidang bidang lain perlukan SEBAB.

SEBAB inilah MOTIVASI TERULUNG.

Berkait terus pada MINDA !

Sesuatu kejayaan adalah berdasarkan kepada

70 % adalah Minda dan 30 % adalah Strategi.

Mereka tanpa persediaan Mental yang hebat tidak akan berjaya.

Mereka tanpa SEBAB akan tersekat kemajuan mereka yakni tidak berkembang !

No comments:

Post a Comment